Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

ceria pagi hujung minggu
 

Segmen Ceria Pagi Hujung Minggu bersiaran setiap hari Jumaat dan Sabtu dari jam 6 hingga 10 pagi.

Berikut merupakan antara segmen di Ceria Pagi Hujung Minggu:

Santapan Rohani

Dengarkan Tazkirah PU Amin yang menyentuh perasaan di pagi hujung minggu sebagai panduan memulakan hari anda.

Sarapan Di Mana?

Pendengar boleh share lokasi-lokasi menarik untuk bersarapan dimana-mana sahaja terutamanya di Pantai Timur. Mereka juga dialu-alukan untuk menghantar gambar lokasi tersebut. Pendengar juga boleh merujuk kepada ruangan ini untuk mencari lokasi sarapan yang menarik.

Cepu Besi Merapu

Eha akan memberi satu teka teki untuk anda cuba menjawap, sekali sekala peluang akan dibuka kepada pendengar untuk memberikan teka teki mereka kepada pendengar yang lain.

Troll Pantai Timur

Eha mengajak pendengar untuk berkongsi cerita-cerita menarik yang berlaku di seluruh Pantai Timur sepanjang minggu.

Perkataan Terbalik

Berapa cekap anda mengeja? Kalau anda pantas mengeja anda boleh menguji kemahiran anda melalui ruangan Perkataan Terbalik dimana akan perlu mengeja perkataan yang diberikan oleh Eha secara terbalik dalam masa 15 saat.


Jangan lupa dengarkan Ceria Pagi Hujung Minggu bersama Eha setiap hari Jumaat dan Sabtu.


announcer

  • ceria pagi hujung minggu