Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

Kuali Gegar

10 Resipi Mudah Masak Masa Sahur Bulan Puasa

Bulan Ramadan bakal menjelma, pasti korang pening kan nak masak apa? Haa ni 10 resipi senang

Oleh Ezaura Rafe. Sumber Pesan Bonda 

 

Bulan Ramadan bakal menjelma, pasti korang pening kan nak masak apa? Haa ni 10 resipi senang untuk korang masak masa sahur nanti. Boleh juga masak untuk berbuka puasa. Selamat mencuba! 

 

Screen-Shot-2017-05-23-at-11-06-38-AM.png


Ikan Tenggiri Panggang Sos Air Asam 

Bahan-bahan:

- 5 keping ikan tenggiri
- cuci dan toskan 1 biji buah tomato ranum 
- dadu 5-6 biji cili burung hijau dan merah
- potong kecik (suka pedas tambah lagi) 1/2 labu bawang besar
- hiris nipis sedikit budu sedikit kicap manis sedikit sos tiram daun ketumbar secukupnya
- dihiris jus limau secukupnya
- guna limau kasturi lagi sedap, sni xde, maz guna lemon je sedikit garam, gula dan aji (jika suka) sedikit air 

Artikel asal: //bit.ly/2rthx9F

Cara-caranya : 

1. Taburkan sedikit garam (buat syarat je) pada ikan dan panggang sampai masak - guna grill pan. Panggang sampai habis dan ketepikan. 
2. Satukan semua bahan untuk air asam (agak2 la ye) dan perasakan secukup rasa ikut selera. Susun ikan dalam pinggan dan boleh la disiran dengan air asam. Sedia untuk dihidangkan.

 

2.png

 

AYAM BLACKPEPPER

1) Isi Ayam 
2) Capsicum (merah, hijau,kuning) setiap satu khasiat lain2, so letak 3 jenis lagi banyak dapat nutrients.
3) Black pepper sauce
4) Fresh ground black pepper - tumbuk or blend kering 
5) Brokoli (optional)
6) Bawang putih 
7) minyak
8) Dark thick soy sauce 

Sumber : //illyariffinmasak.blogspot.my/

Cara-caranya : 

1) Masuk minyak, da panas masuk ayam.. ayam da hampir masak, then masuk bawang putih.
2) Gaul2 then masuk black pepper sauce and the fresh black pepper.
3) Bau da naik, masuk sesudu dark think soy sauce.
4) Masukan semua sayuran.
5) Hidang kan dengan nasi panas 
 

3.png

 

SUP AYAM MUDAH
.
BAHAN-BAHANNYA  :-)

3 biji kentang, kupas dan potong 8 setiap biji, rendam
4 - 5 biji telur gred B
1 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
60 gram fucuk @ tauhu kering potong kecik dan rendam hingga lembut
1 kiub ayam
4 biji bawang merah, hiris halus
3 ulas bawang putih, hiris halus
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Lada hitam kisar secukupnya
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasa
Lada hitam kisar (extra)

Sumber: //www.tiffinbiru.com/

Cara-caranya :

Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah, bawang putih hingga harum, masukkan kentang (toskan) dan kacau rata. Tuang air secukupnya hingga kentang tenggelam, masukkan kiub ayam (jika guna). Masak hingga kentang 1/2 empuk.
Pecahkan telur satu persatu dalam periuk, tapi pastikan ia tidak bertindih antara satu sama lain. Masak dengan api kecil hingga telur mengeras. Kacau berhati2. Masukkan fucuk (toskan) dan juga soo hoon (toskan). Tambah garam secukup rasa dan juga lada hitam.
Masak dengan api sederhana hingga fucuk lembut. Rasa dan tambah garam jika perlu. Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan..

 

4.png

 

AYAM MASAK HALIA

BAHAN-BAHAN:

500 gram ayam, potong kecil
4 ulas bawang putih, hiris nipis
2 cm halia, dihiris halus memanjang
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
1 biji cili merah, hiris nipis
1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
minyak masak, untuk goreng ayam
sedikit lada sulah atau lada hitam
sedikit garam dan kunyit
garam dan gula, secukup rasa

Sumber: //bit.ly/2rthx9F

Cara-caranya : 

Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi..
Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.

Tips:
Hati-hati semasa masukkan garam kerana kicap cair sudah masin. Begitu juga ayam tadi yang sudah masin diperasakan garam semasa menggoreng.

 

5.jpg

IKAN ASAM REBUS

Bahan-Bahan :
Ikan selar kuning ( 6-8 ekor)
Tomato / kacang bendi / batang keladi
Serai - 1 batang (di ketuk)
Asam keping (3-4 keping)
Sedikit serbuk ikan bilis
Garam secukup rasa

Bahan-Bahan B : untuk di kisar
Lada kering (8-10 batang)
Bawang merah besar - 1 labu
Bawang putih - 2 ulas
Belacan - setengah inci
Kunyit - setengah inci

Sumber: //bit.ly/2rthx9F

Cara-caranya :


1. Didihkan air di dalam periuk
2. Tuangkan bahan B yang telah di kisar.
3. Masukkan ikan, serai, asam keping dan garam secukup rasa.
4. Apabila ikan sudah masak, masukkan sayur (tomato/kacang bendi/batang keladi)
sehingga layu. Matikan api dan sedia untuk di hidang.
 

6.jpg

 

Ikan Siakap Kukus Halia

Bahan-Bahan

1 ekor Ikan Siakap – di bersih dan kelar sedikit
2 inci Halia – di hiris halus
3 biji Bawang merah – di hiris halus
2 ulas Bawang putih – di hiris halus
10 biji Cili Padi – dipotong atau di titik
daun ketumbar (dihiris)
daun bawang
1/2 btng Lobak merah – di hiris memanjang
2-5 Cendawan shitake – di hiris halus
1 biji Air limau nipis
2 sudu besar Sos Tiram
2 sudu besar Kicap Cair
1 sudu kecil Gula
4 sudu besar Air

Sumber: //yatiememories.blogspot.my/

Cara-caranya : 

Bersihkan ikan dan letak ikan di atas pingan bujur.
Masukan semua bahan lain mangkuk dan gaul hingga rata.
Tuang di atas permukaan ikan dan kukus selama 20-25 minit.
Siap untuk di hidang hias dengan daun bawang dan cili merah.

 

7.jpg

 

Asam Pedas Ikan Kembung

Bahan-bahannya

3-5 ekor ikan kembung ( disiang dan dibersihkan)
10-20 cili kering ( dikisar)
1 labu bawang besar ( dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia ( dikisar)
1/2 inci kunyit (dikisar)
sedikit belacan ( option)
2 biji Tomato ( di kisar)
sedikit daun kesum
4-8 biji bendi
Air asam jawa/asam gelugur/air limau nipis secukupnya
garam, gula & perasa.

Sumber: //bit.ly/2rthx9F

Cara-caranya : 

1. Tumis bahan kisar dan belacan ( jika suka) kecuali buah tomato hingga naik minyak.
2. Masukkan buah tomato kisar, air asam jawa dan air secukupnya.
3. Apabila kuah mengelegak masukkan ikan kembung dan bendi.
4. Apabila ikan masak sesuaikan rasa dan last masukkan daun kesum.
5. Kacau seketika dan angkat.
 

8.jpg

 

Resepi Ayam Buttermilk Mudah dan Sedap

Bahan-Bahan:

2 ketul besar ayam, bahagian dada
1/2 tin susu cair
3 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu
4 sudu besar mentega
2 tangkai daun kari
4 biji cili padi
Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam:
2-3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar serbuk kari
1 biji telur
Sedikit garam
Air secukupnya

Sumber: //resepiayamsimple.com/

Cara-caranya : 

Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.
Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati.
Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Cara-cara untuk ayam buttermilk:
Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Tips

Kalau tak mahu pedas, jangan masukkan cili. Dan kalau anda mahu cara yang mudah dan cepat untuk penyediaan ayam goreng, boleh juga gunakan tepung goreng serbaguna yang sedia ada di pasaran. Setelah membaca semua isi artikel ini, coba praktikan ya.. kalau sudah mencoba buat pastilah terasa mudah. Selamat mencuba. 

 

9.jpg

Homemade Sardin in Spicy Sos

Bahan-bahan 

700 g ikan tuna 1/2 cawan tomato puree 1/2 cawan minyak masak 25 g bawang putih
* 80 g bawang merah
* 20 g halia
*(dikisar halus) Garam dan gula secukup rasa 2 1/2 cawan air 3-4 sudu besar cili kisar (cili kering direbus dulu dan dikisar) - ni maz tambah sendri, resipi asal xletak 

Sumber: //ilhamdapur.blogspot.my/

Cara-caranya :   


1. Ikan tuna dibersihkan, potong sederhana besar, buang kepalanya. Perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan. 
2. Dalam periuk tekanan, panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga harum, masukkan tomato puree dan masak hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa. 
3. Bila mendidih, masukkan ikan tadi, kacau rata dan tutup periuk tekanan. Pasangkan injapnya dan bila periuk mengeluarkan wap dan bunyi "berdesir", kecilkan api dan biar masak perlahan selama 1 jam (ikut cara guna pada periuk tekanan masing2)... 
4. Cukup waktu, bawa periuk tadi dalam sinki dan alirkan air paip atasnya sehingga wap dalam periuk habis, buka tudungnya dan periksa keadaan ikan, selalunya pada masa ini ikan masih kekal dalam bentuk asal, tapi tulang2nya menjadi lembut seperti sardine dalam tin. 
5. Boleh lah dimasak mengikut kreativiti masing2. Nak buat sandwich pun boleh, nak cicah dengan roti pun boleh..atau goreng macam kita masak sardine biasa.
 

10.jpg

 

TELUR BUNGKUS 

Bahan2:

2 keping isi ayam dipotong kecil2
1/2 biji bawang holland dicincang halus
1 biji tomato dubuang biji dan didadu kecil
1/2 batang daun saderi didadu kecil
1/2 peket sayur campur (carrot, jagung, kacang peas)
1 biji cili merah
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
Sedikit hirisan daun sup atau daun ketumbar
secubit garam jika perlu
Minyak untuk menumis
2 biji telur ayam

Sumber: jajazack.blogspot.com

Cara-caranya : 

Panaskan minyak dan tumis bawang holland sehingga sedikit layu
Masukkan hirisan dada ayam dan kacau seketika biarkan sehingga isi ayam masak
Masukkan hirisan tomato, batang saderi ,cili merah serta sayur campur dan dikacau rata
Perasakan dengan sos cili,sos tomato dan sos tiram dan kacau lagi.
Taburkan secubit garam jika perlu
Sebelum diangkat bolehla ditaburkan daun sup atau daun ketumbar.
Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan seratakan keliling kuali
Pukul telur ayam tadi dan goreng dalam kuali dengan kaedah melenggangkan kuali sehingga telur sekata
Letak kan inti ditengah2 dan bungkuskan telur tersebut
Biarkan telur garing seketika dan bolehla di terbalik kan ke dalam pinggan.
 

 

*Layan THR Gegar menerusi dengargegar.thr.fm

 

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}