Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

Tip Kewangan

Cara Untuk Meningkatkan Kuasa Peminjaman Anda

Terdapat lebih kurang 35% permohonan pinjaman perumahan telah ditolak oleh bank dari Januari hingga Jun pada tahun 2015.

Sumber Loanstreet.my

Terdapat lebih kurang 35% permohonan pinjaman perumahan telah ditolak oleh bank dari Januari hingga Jun pada tahun 2015. Menurut kaji selidik yang dijalankan oleh ejen hartanah dan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), permohonan pinjaman perumahan yang ditolak oleh bank telah meningkat 6% berbanding dengan tahun lepas.

Pendapatan pemohon yang tidak mencapai kriteria, sejarah kredit, pembiayaan yang mempunyai keuntungan yang rendah dah dokumentasi yang diperlukan oleh bank menjadi faktor utama permohonan pinjaman perumahan ditolak oleh bank. Lebih kurang 46% permohonan pinjaman telah ditolak untuk rumah-rumah yang berharga RM 250,001 – RM 500,000 dan 19% permohonan pinjaman ditolak untuk rumah yang bernilai RM 700,000 – RM 1 juta.

Oleh itu, apa yang anda perlukan agar pemohonan anda akan diluluskan oleh bank?

Biasanya bank akan menilai jumlah yang anda boleh meminjam berdasarkan 4 faktor ini:

Nisbah Khidmat Bayaran Hutang (DSR) Anda
Profil risiko anda
Penilaian hartanah
Nisbah maksima Loan-to-Value (LTV) atau margin pembiayaan yang boleh didapati untuk anda

DSR dan profil risiko anda mendapat penilaian yang lebih berat berbanding dengan penilaian hartanah dan LTV maksima yang boleh didapati untuk anda. DSR seseorang individu menunjukkan bank bahawa anda mempunyai kewangan untuk membayar hutang anda dan mengira berapa peratus dari jumlah pendapatan anda akan digunakan untuk membayar ansuran hutang.

 


Anda akan mempunyai DSR yang tinggi jika pembayaran hutang anda adalah tinggi apabila dibandingkan dengan pendapatan bersih anda. Hal ini merupakan satu tanda kepada bank bahawa anda mungkin telah meminjam melibihi kemampuan pembayaran anda dan mempunyai risiko yang tinggi untuk memungkiri pinjaman anda.
Kadar DSR biasanya adalah 30% dari pendapatan bersih anda. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa bank membenarkan jika DSR anda antara 70 - 80%.

Anda perlulah mengurangkan jumlah perhutangan anda atau meningkatkan jumlah pendapatan anda untuk menurunkan kadar DSR anda. Selain daripada mempunyai kadar DSR yang rendah, bank-bank juga akan menilai sejarah kredit dan profil risiko anda, membuat pemeriksaan latar belakang, dan memeriksa perhutangan anda pada masa dulu dan sekarang.


Cara Untuk Meningkatkan Kadar DSR &Kredit Anda
Mengurangkan jumlah hutang anda
Ini boleh dilakukan jika anda menjelaskan segala perhutangan anda dengan secepat mungkin. Ini termasuk perhutangan bank dan bukan bank.

Perhutangan bank: Pinjaman perumahan, pinjaman kenderaanm pinjaman peribadi, kad kredit dan lain-lain.
Perhutangan bukan bank: Pinjaman PTPTN, sekuriti pinjaman, program kerajaan dan lain-lain.
Baki kad kredit yang tinggi dan perhutangan pinjaman PTPTN akan menyebabkan anda mempunyai kadar DSR yang tinggi. Sebagai contoh, jika anda gagal untuk membayar pinjaman PTPTN anda, anda berkemungkinan tinggi untuk disenaraihitamkan di senarai CCRIS dan akan ditolak oleh bank. Anda tidak boleh mengambil kesempatan untuk tidak membayar perhutangan bukan bank kerana bank juga akan menilainya seperti perhutangan dengan bank. Ini akan dipamparkan di rekod CCRIS dan CTOS anda.

Mempunyai kredit skor/sejarah yang baik
Kredit sejarah anda merupakan petunjuk dan bukti kepada bank bahawa anda merupakan satu pembayar hutang yang bagus atau seorang yang sentiasa membayar hutangnya lambat. Bank-bank akan merujuk dua sumber utama untuk memeriksa kredit sejarah anda iaitu:
Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS)
Credit Tip-Off System (CTOS)
Anda tidak perlulah membimbang apa-apa jika anda kerap membuat pembayaran balik anda tepat pada masa dan membayar sepenuhnya. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik jika anda memeriksa kedua-dua CCRIS dan CTOS anda dari masa ke masa.

 


Jika anda berada di mana-mana keadaan negatif diatas, anda perlulah mengambil tindakan untuk memperbaiki laporan CCRIS anda sebelum membuat permohonan pinjaman yang seterusnya.

Memulakan rekod kredit sekarang jika anda tidak mempunyai
Tidak mempunyai sebarang kredit sejarah adalah seteruk seperti mempunyai kredit sejarah yang lemah. Permohonan anda mempunyai kemungkinan yang besar akan ditolak oleh bank kerana mereka tidak mempunyai sebarang bukti bahawa anda berkemampuan untuk membayar balik hutang.
Ini adalah betul terutama untuk siswazah atau pemohon pinjaman pertama kali. Bermulalah dengan membuat aplikasi untuk kad kredit dan memastikan agar baki anda sentiasa rendah dan membuat pembayaran penuh setiap bulan. Jika anda tidak boleh membuat pembayaran penuh, cubalah membayar sebanyak mungkin.


Mempunyai baki kad kredit yang rendah
Mempunyai baki yang tinggi tidak beberapa baik – bank akan menyoal pelbagai jenis soalan mengenai hutang anda dan ini boleh mengimplikasikan bahawa anda tidak boleh mengurus kewangan peribadi anda dengan bertanggungjawab.

Menunjukkan bahawa anda mempunyai simpanan
Bank-bank lebih suka jika seseorang itu mempunyai simpanan. Individu yang mempunyai simpanan membayangkan bahawa mereka mempunyai kemampuan untuk membayar hutang mereka. Ini termasuk semua jenis deposit tetap, pinjaman, bon dan lain-lain.

Anda haruslah memastikan agar anda menyerah dokumentasi terkini apabila membuat permohonan pinjaman. Pinjaman anda mungkin ditolak jika anda tidak menyerah dokumentasi yang diperlukan.

Menggabungkan pendapatan
Salah satu cara untuk meningkatkan dasar DSR anda adalah dengan menggabungkan pendapatan anda dengan pasangan anda semasa membuat rayuan untuk peminjaman. Pastikan kamu berdua memahami hak undang masing-masing mengenai hartanah itu.

Konklusi
Senarai di atas merupakan panduan kepada aspek teknikal utama yang bank biasanya menggunakan untuk menilai kelayakan seseorang untuk membuat peminjaman. Anda haruslah berusaha untuk meningkatkan jumlah pendapatan bersih anda dan adalah lebih berfaedah jika anda membuktikan bahawa anda mempunyai pekerjaan yang stabil atau bekerja untuk syarikat yang disegani.

Mengira kelayakan pinjaman perumahan anda untuk mendapatkan satu anggaran bagi kemampuan anda.
Mempunyai kadar DSR atau kredit skor yang baik tidak bermaksud bahawa anda tidak mempunyai sebarang risiko kewangan. Anda haruslah memastikan bahawa anda tidak membelanja melebihi kemampuan anda dan mestilah sentiasa mempertimbangkan mengenai pembayaran pinjaman anda dan jumlah perbelanjaan bulanan.


*Layan THR Gegar menerusi dengargegar.thr.fm

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}