Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

Kuali Gegar

Resepi Ayam Masak Phat Phet Thai

Tengok di gambar di atas memang nampak menyelerakan sungguh.

Sumber dari Facebook Siti Nazira Rawi

Tengok di gambar di atas memang nampak menyelerakan sungguh. Seorang pengguna laman sosial Facebook, Siti Nazira Nawi berkongsikan resepi ayam masak phat phet ala thai yang nampak sedap dan berkuah. Ada cara-caranya di bawah ini:

Bahan A (Kisar)
Cili
Lengkuas
Kunyit hidup
Bawang putih
Daun limau
Belacan
Serai

Bahan B
Ayam
Sayur
Santan

Ayam seperti dalam gambar tapi kalau nak tukar lala pun sedap.

Antara sayur yg sesuai untuk masakan ini selain kacang panjang boleh juga guna terong yg kecil atau petai pun sedap juga.

Tumiskan bahan-bahan A.

Masukkan ayam. Gula garam secukup rasa. Santan letak sikit je nak bagi rasa lemak-lemak . Boleh juga letakkan sedikit minyak ikan. Kalau tak nak letak pun tak mengapa.

Agak-agak ayam dah masak , dan rasa pon dah, masukkan sayur last sekali sbb tak nak terlalu kecut atau layu.

Haa..Dah pun siap!

*Layan THR Gegar menerusi dengargegar.thr.fm

 

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}