Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

Kuali Gegar

Resipi Ayam Kicap Kayu Manis

Nak buat resipi kampung tapi tak tahu kan? Ini antara resipi kampung dari facebook Khairul Hakimin iaitu, ayam kicap kayu manis.

Oleh Ezaura Rafe. Sumber Khairul Hakimin Muhammad

Nak buat resipi kampung tapi tak tahu kan? Ini antara resipi kampung dari facebook Khairul Hakimin iaitu, ayam kicap kayu manis. 

Ayam Kicap Kayu Manis.

Bahan-bahannya ialah: 
1 ekor ayam dipotong kecil.
2-3 batang kayu manis,
10 biji cili merah,
3 biji cili hijau,
2 biji bawang besar India,
2 inci halia muda,
3 inci kunyit hidup,
1 ikat kecil daun ketumbar,
Kicap sebanyak mana kau suka,
2 sudu besar gula merah,
1 sudu kecil garam,
2 keping asam keping, 
1/2 cawan minyak masak.

Caranya mudah sahaja : 

Kisar 1 biji bawang, daun ketumbar dengan akarnya sekali, halia, cili merah, kunyit hidup dengan 1/2 cawan minyak masak. Jangan campur dengan air, Kisar halus guna blender.

Letak serbuk kunyit pada ayam..dan goreng. 

Cara buat sos : 

Panaskan minyak, masukkan bahan yang dah dikisar tadi bersama kayu manis.

Biarkan dia pecah minyak. Sebabkan kita kisar dengan minyak tadi..

Masukkan asam keping. Masukkan bawang dan cili hijau, masuk juga garam dan gula perang ya. Kacau rata., dan terakhir masukkan kicap serta ayam yang telah digoreng tadi.. Siap! Selamat mencuba..

 

Screen-Shot-2017-04-20-at-11-20-55-AM.png

Screen-Shot-2017-04-20-at-11-21-42-AM.png

Screen-Shot-2017-04-20-at-11-22-19-AM.png

 

*Layan THR Gegar menerusi dengargegar.thr.fm

 

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}