Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

Makan Di Mana?

Beraneka Citarasa di Restoran Royal Songket Hotel Grand BlueWave Shah Alam

Pastinya anda tercari-cari dimanakah ingin berbuka puasa bersama yang tersayang. Mengapa tidak mencubanya di Restoran Royale Songket Hotel Grand Bluewave Shah Alam?

Pastinya anda tercari-cari dimanakah ingin berbuka puasa bersama yang tersayang. Mengapa tidak mencubanya di Restoran Royale Songket Hotel Grand Bluewave Shah Alam?

Dengan berkongsepkan Bazar, Hotel Grand Bluewave Shah Alam membawakan kepada anda Promosi Sinaran Ramadan dengan beraneka juadah untuk anda nikmati. Anda boleh berbuka dengan hidangan-hidangan tradisional mahupun antarabangsa. Pilih saja apa yang anda ingini, makanan pedas, makanan barat, pelbagai pencuci mulut yang mengiurkan mahupun ulam-ulaman yang segar. Segala-galanya ada di sini di Restoran Royale Songket Grand Bluewave Shah Alam. Lagipun yang penting ia adalah halal.

Promosi Sinaran Ramadan ini dibarisi oleh chef-chef yang cukup handal dan pakar dalam hidangan masing-masing. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba mee udang Sado, kambing panggang, Skewer kebab Turki dan ayam golek percik.

Jika ingin merasai suasana hari raya, di sinipun ada menyediakan hidangan raya seperti ketupat, lemang buluh, lemang pulut hitam, rendang ayam, rendang daging, kuah kacang dan sebagainya.
 

Anda juga boleh singgah di stesen sup untuk mencuba sup ekor pandan berempah, sup singgang telur puyuh, bubur lambuk dan lain-lain lagi.

Jika sudah jelak dengan hidangan tradisi, mengapa tidak mencuba hidangan-hidangan Asia seperti aneka Dim Sum halal, Sushi & Maki, aneka tempura atau hidangan laut seperti udang harimau, udang galah, tiram, ketam, kepah dan banyak lagi.

Tetapi yang menariknya di restoran ini anda berpluang merasai hidangan istimewa oleh chef-chef, antaranya daging masak hitam, gulai kari kambing, sotong goreng berempah, udang mentega, cendawan mask lemak dan banyak lagi. Ini adalah antara signature dish mereka.

Tidak lengkap sekiranya tiada pencuci mulut, kan. Di restoran Royale Songket, Hotel Grand Bluewave Shah Alam ini terhidang pelbagai jenis kuih-muih melayu, beraneka kek yang enak, puding dan caremel, roti ala Peranchis, bubur pengat keledek, serawa durian, dengan manisan seperti gula kapas, Chocolate Fountain, ais krim, cendul, ais batu campur (ABC), air kelapa muda , bandung selasih, cincau dan sebagainya.
 

Bagaimana? Hebat bukan? Jika nak datang berbuka di sini kenalah buat tempahan dulu. Anda boleh hubungi 03-55118811 atau hubungi jabatan Jualan dan Pemasaran di sambungan 2801, 2804 atau 2806. Jomlah berbuka puasa di Restoran Royale Songket Hotel Grand Bluewave Shah Alam. Anda pasti gembira dengan hidangan yang disediakan.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}