Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

Makan Di Mana?

Crave Cafe Ada Juadah Sarapan Menarik

Suasana kafe begitu unik, boleh dinikmati bagi sesiapa saja yang ingin meluangkan masa bermalasan di hujung minggu, sambil...

Diedit oleh Norbee Ghani.

Terletak di Oasis Square, merupakan sebuah cafe yang mempunyai menu sarapan pagi yang menarik. Dekorasi restoran ini berasaskan dinding batu-bata, sofa yang sangat selesa dengan lukisan dinding yang menjadikan suasana kafe begitu unik, boleh dinikmati bagi sesiapa saja yang ingin meluangkan masa bermalasan di hujung minggu, sambil menghirup  beberapa cawan kopi disamping menikmati beberapa hidangan makanan yang disediakan.

Crave Cafe merupakan salah satu Restoran Pilihan Minggu Ini! (Hot Picks of the Week Restaurant!). Cepat dan tempah sekarang //offpeak.my/restaurant/213

Menu istimewa kami, Crave's Big Breakfast (RM22). Hidangan sarapan ini disediakan dalam hidangan yang besar, dengan bacon daging lembu, sosej ayam, telur goreng yang dihidang menarik, cendawan tumis, kacang panggang, tomato panggang, roti bakar Ciabatta. Hidangan The Big Breakfast ini amat menyelerakan kerana dihidangkan sekali cendawan tumis dengan rasa herba dan bermentega.

Menu sarapan Good Morning Australia (RM16) juga antara yang wajib dicuba. Ramai menyukainya kerana hidangan roti bakar  yang disalut dengan puri avokado dan bacon daging lembu dan taburan herba serta  keju feta. Telur rebus yang cantik dimasak dengan lelehan kuning telur yang berkrim, apabila dicucuk lembut ke dalamnya - sarapan sihat untuk memulakan hari hujung minggu anda.

Bagi minuman pula, Dirty Chai Latte Teh dan Café Latte boleh dinikmati. Hidangan kopi yang dibancuh sempurna.

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}