Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

Makan Di Mana?

Hidangan A'la Negeri Sempena Ramadan di Swiss-Garden Hotel & Residences KL

Selaras dengan kehadiran bulan Ramadhan, Flavors Restaurant Swiss Garden & Residences KL menawarkan pelbagai hidangan seperti masakan di rumah dan hidangan tradisional dari 22 Jun - 15 Julai 2015.

Selaras dengan bulan Ramadhan yang akan datang, Flavors Restaurant menawarkan pelbagai hidangan seperti masakan di rumah dan hidangan tradisional dari 22 Jun - 15 Julai 2015.  Dengan lebih 60 jenis hidangan setiap hari, dari pembuka selera yang menyegarkan kepada pencuci mulut yang hebat, tetamu pastinya akan dimanjakan dengan pelbagai pilihan yang enak-enak belaka.

Chef dan barisan tukang masak-tukang masak bersemangat akan memaparkan kehebatan masakan mereka untuk pengunjung menikmati hasil masakan mereka. Dengan tujuh set menu bufet berputar harian, pengembaraan makan bermula dengan pembuka selera tradisional yang terdiri daripada Kerabu Sotong, Rojak Buah, Limau Mangga dan Chef khas Acar Buah. Pembuka selera Barat dan Cina seperti Salad Segar dengan pelbagai kuah dan hidangansampingan  juga disediakan. Yang sukakan cabaran akan menikmati Bubur Lambuk istimewa dan Sup Berempah,  dibuat  oleh pakar bagi memastikan rasa penuh dan sihat.
 

Hidangan utama termasuk kegemaran  kambing  Panggang, Nasi Kukus (dengan pilihan Gulai Udang, Ketam Masam Manis, Ayam Percik Kelantan, Ikan Bakar dan banyak lagi). Semua hidangan yang tersebut dihidangkan dengan nasi kukus panas-panas dan dimakan dengan perasa menarik seperti Ulam-Ulaman, serunding, Tempoyak dan Sambal Belacan pedas. (pes cili).
 

Mereka yang lebih suka pilihan makan malam pastinya gembira mengetahui ada bufet  yang menyenaraikan  jenis-jenis mi seperti Mi Sup Daging, Mee Sup, Sup Beehon Utara dan Mee Rebus Tulang di stesen yang diperuntukkan setiap hari.
 

 

Flavors Restaurant mempunyai lebih untuk ditawarkan. Stesen  yang diperuntukkan khas untuk mereka yang gemarkan juadah seperti Nasi Kerabu Bunga Telang, Ikan Bakar, Nasi Ayam, murtabak, Roti Canai dan sate daging dan ayam yang cukup popular .

Tetamu perlu mencuba manisan dengan pelbagai aneka pencuci mulut yang cukup menarik. Pelbagai manisan tempatan seperti Bubur Cha-Cha, Tapai Pulut dan pelbagai kuih-muih boleh membuatkan kita rambang mata kerana kelazatan hidangan yang disediakan. Pelbagai mousses gaya Barat dan krim, jeli, tart, kek dan crumble yang pasti membuatkan anda mahukannya lagi. Sudah tentulah makan malam bufet ini akan membuatkan anda kekenyangan dan berasa segar.
 

Bufet makan malam berharga MYR98.00 nett per dewasa dan MYR45.00 bersih setiap kanak-kanak (di bawah 12 tahun) dan bermula  jam 6.30 petang sehingga 10.00 malam  setiap hari dari 22 Jun - 15 Julai 2015. Sila hubungi Flavors Restaurant untuk tempahan di (+603) 2141 3333 atau tempah melalui laman web www.swissgarden.com/dine&unwind/

Sila hubungi:

Sarah Wong
Marketing Communications Manager
Swiss-Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur
Tel: (60 3) 2141 3333 ext. 1189
Fax: (60 3) 2145 2763
E-mail: sarah.wong@shrkl.swissgarden.com
 
 

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}