Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

Makan Di Mana?

La Bodega Menarik!

Lupakan tentang kafe yang terlalu padat dengan kopi yang dihidangkan bersama set sarapan yang terlalu mahal, kenapa tidak nikmati waktu pagi di hujung minggu...

Diolah oleh Norbee Ghani. 

Lupakan tentang kafe yang terlalu padat dengan kopi yang dihidangkan bersama set sarapan yang terlalu mahal, kenapa tidak nikmati waktu pagi di hujung minggu anda dengan cara ala Sepanyol? La Bodega Tapas Bar, sebuah tempat terpencil yang popular untuk majlis kasual dan juga majlis-majlis rasmi, yang menjadi salah sebuah restoran kegemaran yang menyajikan makanan berkonsepkan budaya Sepanyol. Malah, anda akan terkejut dengan menu yang menawarkan pelbagai hidangan Barat yang sangat menyelerakan.

 
Sarapan ala Sepanyol
Sepinggan lengkap sarapan ala Sepanyol amat disyorkan di sini kerana anda boleh menikmati telur kampung yang segar, dimasak mengikut kehendak anda, sama ada rebus, atau hancur. Tebaran roti bakar Itali dengan mentega dan makan bersama dengan cendawan tumis berair, kentang confit, asparagus, ayam belanda chorizo dan sosej ayam yang boleh dinikmati hingga tak boleh dilupakan. Kepada penggemar daging lembu, anda boleh memilih untuk menukar sosej ayam kepada bacon daging lembu sambil menikmati cendawan tumis bermentega.
 
Telur Benedict dengan Smoked Salmon
Telur Benedict bersama Smoked Salmon adalah pilihan yang tepat untuk anda yang mementingkan makanan yang sihat, dengan potongan ikan salmon yang tebal dan disalai empuk. Dihidangkan bersama roti bakar dan  telur rebus bersama sos mentega Hollandaise yang sememangnya lazat.
 
Champinones al Ajillo
Selain menu sarapan lewat pagi dari kami, anda juga boleh memilih untuk menikmati hidangan tapas panas - Cendawan butang saute dengan mentega, bawang putih dan pasli. Kaya dengan kuah mentega dan lapisan cendawan butang yang hanya cair di dalam mulut. Dihidangkan bersama roti rangup, antara satu hidangan yang elegan dan mudah untuk dinikmati bersama rakan-rakan anda.
 
Chocolate Volcano
Untuk pencuci mulut, nikmati citarasa yang membuatkan anda jatuh cinta dan dengan coklat gunung berapi. Sedikit kerak yang dipecahkan ke dalam cecair coklat tebal yang halus dengan sejuk dingin ais krim vanila. Antara pencuci mulut yang wajib masuk di dalam senarai.
 
LG25, Empire Shopping Gallery,
Jalan SS16/1,
47500 Subang Jaya,
Selangor.
Hubungi: 603-5634 8388
Laman Web: www.bodega.com.my
 
Cawangan di:
1. Pavilion Kuala Lumpur
2. Bangsar Shopping Centre
3. TelawiBangsar

 


Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}