Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

Makan Di Mana?

Makan Tengahari di The Gravy

Nikmati Diskaun 50% makan tengahari di The Gravy Factory melalui tempah di Offpeak.my...

Dalam mencari hidangan tengahari yang sedap perlu juga anda titik beratkan hidangan yang murah dan berpatutan. Oleh Sebab tu, di The Gravy Factory adalah penekanan dalam semua aspek bukan sahaja rasa malah juga pada harga yang sesuai mengikut kemampuan. The Gravy Factory adalah sebuah restoran yg menyediakan resepi kuah turun temurun oleh chef master Hainan semasa penjajahan British di Tanah Melayu lagi. Di mana restoran The Gravy Factory ini untuk anda jejaki mudah sahaja terletak di Empire Damansara.

Apa yang lebih menarik lagi adalah apabila Restoran The Gravy Factory ini terpilih menjadi jenama restoran pilihan utama untuk minggu ini daripada Isnin 15hb Disember  sehingga Ahad 21hb Disember 2014!!! Anda boleh dapatkan diskaun 50% apabila membuat tempahan di laman web OFFPEAK.MY - //offpeak.my/restaurant/183

 
Kerjasama dengan Offpeak.my menawarkan promos harga sehingga 50% lebih murah buat peminat makanan barat yang telah di fusionkan. Ia memberikan kesesuaian selera rakyat Malaysia yang kepelbagaian citarasa makanan manis, masam dan pastinya pedas.
 
Di sini terdapat pelbagai menu yang hebat dan menarik untuk di cuba seperti mana yang telah saya nikmati di sini. Buat yang suka makanan sihat dan sayuran di sini terdapat banyak pilihan salad seperti Chicken Salad. 
 
Chicken Salad
Salad yang mengandungi Ayam panggang segar, salad Romaine garing, croutons rangup dan tomato ceri, dengan titisan Caesar dressing atau Thousand Island membuat salad ini segar dan membuka selera anda.

Hainanese Chicken Chop
Gabungan Timur dan Barat dalam ayam goreng tepung dan perisa masam oriental. Melengkapkan lagi hidangan itu di sediakan satu sisi kentang goreng dan sayur campur untuk variatikan lagi rasa dalam satu hidangan.

Fish Concalaise
Hidangan ini pula adalah makanan laut iaitu fillet ikan dibakar dan digarnis dengan titisan sos krim putih. Berkhidmat dengan kentang lecek dan cendawan berair yang memberikan rasa barat di sini. Makanan ini memang cukup berlemak dan rasa yang sesuai untuk makan tengahari anda.
 
Spaghetti Carbonara
Penggemar spaghetti ini adalah menu untuk anda yang berkrim Carbonara, setiap suapan pasta penuh dengan kacangPerancis segar, cendawan butang dan daging lembu yang semakin menarik. Menu sedap dan mengenyangkan sesuai untuk yang mengawal pemakanan.
 
Nasi Lemak
Menu kebanggaan Malaysia semestinya Nasi Lemak yang terbaik di sediakan di sini. Di sediakan bersama dengan rendang ayam, sambal ikan bilis, telur goreng, timun dan ikan bilis goreng bersama keropok. Satu hidangan lengkap dengan rasa yang cukup segala-galanya tidak perlu cari di tempat lain sini adalah Nasi Lemak terbaik.
 
 
Baked Crab
Hidangan snack pula paling unik dan menarik adalah Baked Crab yang menjadi menu pilihan. Ia adalah masakan Daging ketam dipilih, disumbat dan digabungkan sebelum di masak dalam ketuhar untuk membakar dengan baik. Di sediakan dengan salad sesuai di makan begitu sahaja memang menarik.
 
 
Steam Chocolate Cake
Bagi pencuci mulut pula di sini adalah menu yang paling popular dan menjadi pilihan ramai. Coklat kek kukus yang di sediakan bersama vanila aiskrim cukup menyegarkan dan memberi kepuasan dalam hidangan anda.
 
Selepas makan mesti nak segarkan tekak dengan minuman yang sejuk dan manis. Di sini terdapat pelbagai minuman tetapi 3 minuman yang menarik dan boleh and pilih di sini iaitu Mango Lemon, Passion Fruit dan Jack Fruit Pineapple. 

Maklumat lanjut tentang tawaran diskaun Offpeak.my boleh layari laman web www.offpeak.my atau; 
Facebook: //www.facebook.com/offpeak.my
Twitter: //twitter.com/offpeak_my
Instagram: //instagram.com/offpeak.m

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}