Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

Makan Di Mana?

Pencuci Mulut Istimewa Nasi Lemak Cheesecake

Dimana-mana sahaja di Malaysia,bermula seawal subuh hening malah ada yang lebih awal, Nasi Lemak mula disajikan...

Dimana-mana sahaja di Malaysia,bermula seawal subuh hening malah ada yang lebih awal, Nasi Lemak mula disajikan di gerai-gerai hatta di rumah sekalipun. Tidak kira bangsa mahupun generasi, Nasi Lemak adalah hidangan kegemaran rakyat Malaysia.
 
Kebiasaannya, Nasi Lemak di makan dengan nasi, sambal tumis ikan bilis, telur rebus dan juga timun. Tetapi, apa yang pelik, anda semua pernah dengar tak Nasi Lemak Cheesecake? Namun hari ini, bukan sahaja pelbagai jenis lauk yang boleh dimakan dengan Nasi Lemak, bahkan kek perisa Nasi lemak juga sudah pun muncul dan boleh didapati di kedai Lepaq-Lepaq yang berlokasi di Changkat, Bukit Bintang. Nasi Lemak Cheesecake merupakan hidangan istimewa di restoran tersebut. Menu unik ini berharga RM 15 merupakan antara menu yang paling laris di Lepaq-Lepaq. Ramai pelanggan yang datang hanya untuk mencuba menu istimewa ini.
 

Nasi lemak Cheesecake yang diwarnai dengan kepingan kecil beras pulut,kacang tanah, dan didahului dengan gelatin timun, ikan bilis dan juga sambal di atas permukaan kek itu merupakan satu usaha dan idea yang kreatif dalam mnghargai hidangan kebangsaan Malaysia hingga di transformasikan sebagai pencuci mulut. Bunyinya mungkin sedikit pelik dan janggal dan pasti anda semua tertanya-tanya, apa agaknya rasa Nasi Lemak Cheesecake ni bukan? Kalau nak tahu, apa lagi, korang pergilah cuba sekarang hanya di Lepaq-Lepaq Cafe!

 

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}