Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

Tip Kewangan

Membiayai Semula Rumah Anda Di Malaysia Untuk Membeli Hartanah Di Australia

Kebanyakan warganegara Malaysia mempunyai keinginan untuk membina hidup baru di tanah asing,.

Sumber Loanstreet.my

Kebanyakan warganegara Malaysia mempunyai keinginan untuk membina hidup baru di tanah asing, Sesuatu tempat yang mempunyai prospek yang baik serta masa depan yang cerah. Australia ialah salah satu negara yang boleh merealisasikan impian tersebut kepada masyarakat di Malaysia yang mempunyai keinginan di atas tadi.Dengan lebih daripada 10,000 orang akan berhijrah di sana pada tahun ini. Tambahan pula, Negara ini mempunyai bandar seperti Melbourne yang terkenal di seluruh pelusuk dunia sebagai tempat yang disenangi ramai bagi 5 tahun berturut turut. Bagi kebanyakan warganegara di Malaysia yang telah menetap di Australia mempunyai maklum balas yang positif yang berkaitan dengan pekerjaan dengan pendapatan yang lumayan serta peluang menjalankan perniagaan yang cerah. Pembiayaan Semula Sebagai Dana Sumber Anda Jika anda sudah mempunyai rumah di Malaysia selama 5 tahun atau lebih dan dalam jangka masa itu harganya telah meningkat, anda boleh mengambil sedikit wang melalui cara pengambilan wang tunai dari pembiayaan semula.

Dengan secara tidak langsung, anda boleh memanfaatkan wang dari pembiayaan semula dari rumah lama anda untuk membuat pembayaran yang melibatkan pembelian rumah baru sebagai contoh duit muka dan caj serta fi pindahan rumah yang lain. Kos Pembiayaan Semula Kos pembiayaan semula bersamaan dengan membuat pinjaman yang lain, tetapi ia mungkin murah dalam jangka masa yang lama jika kadar faedah lebih rendah dari gadai janji anda yang sedia ada. Ia pilihan yang bagus jika pinjaman perumahan ada sudah tiada “Lock-in Period” dan anda tidak perlu membayar wang penalti bagi membuat pembiayaan semula. Sesetengah mereka memilih membiayai semula pinjaman perumahan mereka adalah untuk kadar faedah yang rendah serta tawaran yang bagus dari pihak bank. Hartanah di Australia Ada kepelbagaian yang luas bagi hartanah di Australia tetapi dalam perspektif bagi pihak pelabur serta pihak pembeli, pangsapuri menjadi pilihan utama dari segi harga berbanding rumah bertanah. Rata-ratanya, ia selalu mempunyai kadar penyewaan serta permintaan yang tinggi berbanding rumah bertanah. Selain daripada segi harga,pihak pembeli dan pelabur akan melihat faktor-faktor kemudahan yang mempengaruhi kesesuaian untuk didiami serta daya penarik dari warga tempatan disana.

Sebagai contoh, pangsapuri yang berdekatan dengan Melbourne Central Business District (CBD) mempunyai pelbagai kemudahan yang luas seperti pengangkutan awam , sekolah yang ternama dan pusat-pusat komersial serta perhubungan dengan universiti-unversiti tempatan di CBD. Tambahan pula, kadar kekosongan iaitu peratusan unit yang sedia ada bagi penyewaan hartanah ialah 2.1% di Melbourne dan ia berada di bawah purata dalam Australia nasional peratusan di 2.3%. Rata penyewaan yang rendah menjadi keinginan oleh kerana ia menandakan permintaan market yang tinggi. Dan tidak lupa, “off-the-plan concessions” (setakat ni hanya berkenaan di Victoria) boleh membantu pembeli berjimat ribu-ribu di duti setem.


Apakah Perkara Lain Yang Anda Harus Tahu Tentang Membeli Hartanah di Australia

Jika ini adalah kali pertama anda membuat pembelian hartanah luar negara, anda perlukan panduan untuk membantu anda mengurus serta memahami setiap proses yang betul. Pakar hartanah Australia memang diperlukan dimana para perunding ini akan menasihati anda dalam pembelian dan menyediakan dokumen sokongan serta memainkan peranan sebagai wakil anda. Jika anda membuat pembelian hanya tertumpu untuk pelaburan tanpa berfikir untuk tinggal di hartanah tersebut ataupon menetap di Australia, anda masih memerlukan bantuan untuk pengurusan yang melibatkan penyewaan dan jual semula.

*Layan THR Gegar menerusi dengargegar.thr.fm

 

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}