Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

Tip Kewangan

Pembiayaan Semula Untuk Pinjaman Peribadi ? Ketahui Lebih Lanjut Di Sini

Masyarakat sering menganggap bahawa pembiayaan semula hanya boleh dibuat untuk pinjaman perumahan sahaja

Sumber Loanstreet.my

Masyarakat sering menganggap bahawa pembiayaan semula hanya boleh dibuat untuk pinjaman perumahan sahaja. Tetapi, tahukah anda bahawa anda juga boleh membuat pembiayaan semula untuk pinjaman peribadi? Baguslah jika anda sudah mengetahui tentang hal ini. Jika anda tidak, anda tidak perlu membimbang kerana anda telah mempelajari sesuatu perkara yang baru! Walau apapun, teruskan membaca wahai pembaca dan kami akan menerangkan secara jelas tentang pembiayaan semula untuk pinjaman peribadi kepada anda.

Apakah itu Pembiayaan Semula?

Dalam istilah orang biasa, pembiayaan semula berlaku apabila anda menggantikan pinjaman anda – atau dalam beberapa kes, pelbagai jenis pinjaman – dengan pinjaman lain yang mempunyai terma yang lebih menguntungkan. Dengan ini, anda boleh memanipulasi terma dan syarat pinjaman anda supaya anda akan mendapat manfaat dari pinjaman yang baru itu.

Mengapa membuat Pembiayaan Semula?

Masyarakat sering membuat pembiayaan semula dengan pinjaman mereka sama ada kerana syarat pinjaman mereka tidak memberi manfaat kepada peminjam apabila dibandingkan dengan kadar faedah pasaran ataupun apabila mereka mempunyai kesukaran untuk membuat bayaran untuk pinjaman mereka.
Kadar faedah di pasaran sering berubah dan pinjaman anda boleh menjadi tidak menguntungkan apabila pasaran mempunyai perubahan. Jika kadar faedah untuk pinjaman peribadi lebih tinggi apabila dibandingkan dengan pasaran, anda akan dapat menjimat duit apabila anda membuat pembiayaan semula kerana anda akan mempunyai kadar faedah yang lebih rendah.

Selain itu, pembiayaan semula tidak dihadkan untuk pinjaman tunggal sahaja, tetapi ia juga boleh digunakan untuk menyatukan pelbagai jenis hutang dan menjadikan kepada satu hutang besar yang mempunyai terma yang lebih manfaatkan (sama ada mempunyai kadar faedah yang lebih baik ataupun mempunyai tempoh yang lebih pendek/panjang) dan dapat menjimat duit dalam jangka masa yang panjang berbanding kepada pinjaman tunggal.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan pembiayaan semula untuk menukar antara kadar faedah tetap dan kadar faedah terapung, bergantung kepada kadar faedah manakah yang akan membawa keuntungan kepada peminjam. Kebaikkan tentang kadar faedah tetap ialah ketidakpastian disingkirkan oleh itu mereka tidak akan diganggu oleh kadar faedah yang sering berubah. Walau bagaimanpun, mereka tidak dapat menikmati keuntungan jika kadar faedah menurun.

Untuk kadar faedah terapung pula, mereka boleh mendapat keuntungan jika kadar faedah menurun, tetapi pada masa yang sama mereka akan berada dalam situasi yang susah jika kadar faedah tetiba menaik. Jadi, terdapat kebaikkan dan juga keburukan untuk dua jenis kadar faedah ini, dan pembiayaan semula boleh membantu peminjam untuk memilih kadar faedah yang paling sesuai untuk situasi mereka.

Pembiayaan semula bukan sahaja untuk mereka yang ingin memanipulasi syarat untuk menyesuaikan keadaan diri sendiri, tetapi juga digunakan oleh mereka yang berada dalam situasi yang sukar untuk mengikuti terma asal. Istilah yang sering digunakan untuk situasi ini ialah ‘penyusunan semula hutang’.

Bagi mereka yang tidak mampu untuk membuat bayaran ansuran bulanan, jumlah pembayaran boleh dikurangkan tetapi mereka akan mempunyai jangka pembayaran balik yang lebih panjang, dan juga tertakluk kepada pelbagai jenis yuran yang dikenakan oleh pemberi pinjaman. Pembiayaan semula juga boleh digunakan untuk mendapatkan wang tunai tambahan untuk menyelesaikan masalah kewangan dengan mengambil pinjaman yang lebih besar dan meliputi pinjaman asal dan juga mempunyai wang tunai yang melebihi supaya mereka boleh menggunakannya dengan segera. Walau bagaimanapun, peminjam perlu memastikan mereka mempunyai keupayaan untuk membayar balik pinjaman kerana risiko untuk pembiayaan semula jenis ini amat tinggi.

Tips Pembiayaan Semula Untuk Pinjaman Peribadi Anda

Mengkaji Skor Kredit Anda
Skor kredit anda akan memberi kesan yang besar untuk kejayaan pembiayaan semula anda. Hal ini kerana skor kredit dan sejarah pembayaran yang bagus akan memberi anda faedah yang lebih apabila anda berunding untuk terma yang baru. Jika anda membuat pembayaran balik dalam masa yang ditetapkan, skor kredit anda akan meningkat. Anda haruslah menyelesaikan masalah kad kredit dan membuat pembayaran balik dalam masa yang ditetapkan jika anda mempunyai masalah yang menyebabkan markah kredit anda menurun. Jika anda membuat tindakan seperti yang dicadangkan, anda akan dapat meningkatkan skor kredit anda dan berlayak untuk mendapatkan kadar faedah yang terbaik.

Di Malaysia, anda boleh mendapatkan laporan kredit anda dengan melawat cawangan Bank Negara Malaysia. Jangan berlupa untuk membawa Mykad anda dan dokumen sokongan lain seperti lesen memandu atau pasport anda untuk pengesahan identiti. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang lokasi kewangan dan cara untuk mendapatkan laporan kredit anda di sini.

Membuat Penyelidikan Tentang Pinjaman Peribadi
Anda haruslah mengetahui jika pemberi pinjaman anda boleh menawarkan terma yang lebih baik untuk pembiayaan semula. Jika tidak, anda harus membuat penyelidikan ke atas institusi kewangan yang lain dan menentukan syarikat manakah yang memberi terma yang terbaik. Anda bolehlah melayari laman web Loanstreet untuk membandingkan pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh pelbagai jenis institusi.

Apabila anda memilih terma yang ditawarkan oleh pelbagai institusi, pastikan anda membaca dokumen pinjaman dengan teliti untuk dokumen seperti penalti pra-pembayaran, pembayaran belon, pembayaran dan pelarasan butiran dan sebagainya. Anda tidak harus bersetuju untuk menerima syarat-syarat pinjaman pada hari yang sama anda memohon untuk pinjaman itu. Anda patutlah meminta untuk mendapatkan sampel dokumen supaya anda boleh mengambil masa anda untuk mengkaji semula di rumah. Jika anda tergesa-gesa untuk menerima pinjaman baru itu, anda mungkin berada dalam kedudukan yang lebih buruk berbanding dengan pinjaman yang asal.

Mengira Kos Pembiayaan Semula
Tidak boleh dinafikan bahawa pemberi pinjaman tidak menyukai jika peminjam sering menukar pinjaman apabila mereka mendapati pinjaman yang mempunyai terma yang lebih bagus. Oleh itu, anda perlulah tahu bahawa pembiayaan percuma tidak boleh dibuat secara percuma. Pastikan anda telah mengira kira pelbagai jenis perbelanjaan seperti yuran permohonan, pembayaran balik awal, yuran asal dan yuran berterusan apabila anda membuat keputusan untuk membuat pembiayaan semula. Anda kemungkinan berada dalam situasi yang lebih teruk selepas pembiayaan semula ataupun dengan pelbagai jenis yuran yang dikenakan oleh pembiayaan semula telah mengurangkan simpanan anda. Oleh itu, anda perlu mengambil kira semua hal sebelum anda membuat keputusan.

Pastikan Pinjaman Asal Anda Telah Ditutup
Anda haruslah ingat untuk menghubungi pemberi pinjaman asal anda untuk memastikan bahawa hutang anda telah dijelaskan. Jika anda tidak mendapat sebarang berita dari mereka, anda haruslah menghubungi mereka supaya pinjaman itu telah dijelaskan. Anda juga boleh mendapatkan laporan kredit yang baru untuk memastikan pinjaman yang asal telah dijelaskan. Bak kata pepatah, sediakan paying sebelum hujan.

Kesimpulan
Pasaran sering berubah dari masa ke masa. Oleh itu, situasi kewangan anda juga akan berubah mengikuti pasaran. Anda akan berada dalam keadaan kewangan yang bagus dan akan dapat menjimat duit dalam jangka masa panjang jika anda membuat pembiayaan semula untuk pinjaman anda pada masa yang sesuai. Pembiayaan semula juga boleh menjadi alat untuk membantu anda jika anda berada dalam masalah kewangan. Kami berharap pengetahuan dan tips yang anda telah perolehi dari artikel ini akan membantu anda untuk mebuat keputusan mengenai pembiayaan semula untuk pinjaman peribadi anda pada masa depan.

*Layan THR Gegar menerusi dengargegar.thr.fm

 

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}