Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

#Trending

Jangan Simpan Lebihan Lauk Dalam Tempoh Yang Lama Dalam Peti. Nak Tahu Kenapa?

Dah simpan berhari-hari pastu nak makan balik ke?

Screen-Shot-2017-02-17-at-6-49-29-PM.png

 

Oleh Feyra Nasrom Sumber Rasa

 

Kebiasaannya lauk yang tak dihabis makan akan dismpan dalam peti ais dengan harapan keesokannya boleh dipanas untuk makan kembali, betul tak?

 

Nak simpan boleh tapi jangan sampai berhari-hari. Makanan yang disimpan dalam peti ada had masanya mengikut jenis makanan yang dimasak.  Kalau dah sampai berhari-hari, jangan dimakan dan silalah buang okay.  Makanan itu mungkin sudah tercemar dan mempunyai bakteria. Berikut merupakan jenis makanan yang korang tak boleh simpan lama:

 

1)Daging atau ayam

 

Apa-apa jenis lauk berkaitan ayam atau daging tidak boleh simpan dalam peti melebihi 3 hari. Sekiranya sudah melebihi 3 hari, makanan sudah tidak elok.

 

2)Ikan dan makanan laut

 

makanan laut hanya bertahan 2 hari sahaja. Kalau nak simpan, balut dengan kertas aluminum dan simpan dalam freezer.

 

3)Sup

 

Sup tak boleh lebih dari 3 hari. Kalau nak simpan sup, masukkan dalam bekas dan bekukan.

 

4)Pasta

 

Pasta boleh simpan selama 1 minggu. Simpan dalam bekas kedap udara tau. Lebih dari had dan tempohnya, pasta akan jadi basi.

 

5)Piza

 

Piza yang tak habis di makan boleh bertahan selama 3 hari sahaja. Simpan dalam bekas kedap udara ya

 

6)Sandwich

 

Sandwich mempunyai campuran bahan beserta sos dan juga mayonis, Sebaiknya jangan simpan dan habiskan sahaja. Kalau nak simpan, letak dalam bekas zip lock okay. Had dan tempoh penyimpanan bertahan selama 2 hari je.

 

7)Sushi

 

Sebaiknya jangan simpan sushi. Makan dan habiskan. Sushi mudah tercemar dan rosak dan tempoh yang boleh disimpan hanya 1 hari je. 

 

*Layan THR Gegar menerusi dengargegar.thr.fm

 

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}