Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

#Trending

Puteri Silat Peroleh 8A SPM

Izlina Ameera Izlirahman telah menjadi inspirasi buat semua gadis di sekolah beliau kerana kejayaannya dalam..

Oleh Ezaura Rafe. Sumber The New Straits Times

Screen-Shot-2017-03-17-at-2-28-56-PM.png

Izlina Ameera Izlirahman telah menjadi inspirasi buat semua gadis di sekolah beliau kerana kejayaannya menjadi Juara silat di SMK Chukai dalam seni mempertahankan diri. Kini Izlina menjadi contoh buat semua pelajar kerana pencapaian beliau mendapat 8A 1B dalam peperiksaan SPM. 

Izlina telah membuktikan bahawa aktif dalam ko-kurikulum tidak bermakna yang dia tidak boleh berjaya dalam pembelajaran. Selain daripada silat, beliau juga aktif dalam bidang olahraga. 

Cita-cita untuk menjadi pakar fisiologi tidak menghalang Izlina dari aktif bersukan. Izlina tidak tinggalkan sukan walaupun sedang bersiap sedia untuk peperiksaan, Katanya membahagikan masa adalah kunci kejayaan beliau. 

Tahniah buat Izlina Ameera Izlirahman kerana telah berjaya dalam bidang kokurikulum dan kurikulum. Semoga Izlina dijadikan contoh buat semua pelajar untuk berjaya di masa akan datang. 

 

 

*Layan THR Gegar menerusi dengargegar.thr.fm

 

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}